11 Akhlak Rasulullah SAW yang Agung dan Indah Penuh dengan Kisahnya

Akhlak Rasulullah SAW – Pada masa ini banyak sekali sosok idola yang muncul. Mulai dari pemain bola sepak, penyanyi dan artis. Tidaklah salah kamu memilih sendiri sosok yang akan diidolakan. Tapi, kamu haruslah pintar-pintar memilih dan memilah sosok yang akan kamu jadikan idola.

Jangan sampai ketika kamu mengidolakan dirinya membuat perilaku dan sikapmu menjadi lebih buruk. Maka pilihlah panutan yang ketika kamu mengikutinya, dirimu bisa menjadi makhluk yang lebih baik. Di mana ketika kamu mengikuti kebiasaannya, dirimu menjadi lebih dekat kepada sang khalik.

Sesungguhnya Allah SWT telah menghantar sosok yang mempunyai akhlak mulia. Figur yang memberi contoh perilaku yang baik dan penuh kasih sayang. Dialah Muhammad ﷺ. Bahkan Allah SWT memuji sosok figur tersebut dalam firman-Nya.

“Sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang mulia”
(QS. Qaaf: 4)
“Sesungguhnya telah ada pada Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu”
(QS. Al-Ahzab: 21)

Kawan mahupun lawan telah mengakui kemuliaan akhlak Nabi ﷺ. Beliau pun pernah berkata “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”.

Loading...

Beliau ﷺ adalah sosok yang pantas kamu idolakan. Seseorang yang akan menjadikan dirimu manusia yang lebih baik lagi, kerana setiap gerak-geri Dirinya ﷺ penuh dengan kebaikan dan kemuliaan. Berikut kisah-kisah Nabi Muhammad ﷺ yang akan membuat kamu yakin, bahawa Nabi ﷺ adalah sosok idola sesungguhnya.
Nabi ﷺ Adalah Rahmat dan Membawa Ajaran yang Rahmat
Nabi SAW Adalah Rahmat dan Membawa Ajaran yang Rahmat

kisahrosululloh2.wordpress.com

Ketika Nabi Muhammad ﷺ mendapat luka yang cukup parah ketika Perang Uhud. Beberapa sahabat meminta Nabi ﷺ untuk berdoa agar melaknat mereka yang berbuat perkara tersebut terhadap dirinya. Tetapi apa yang dikatakan Beliau ﷺ? “Aku diutus bukan untuk melaknat tapi diutus sebagai rahmat. Ya Allah, berilah petunjuk kepada kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengerti. ”

Seorang saudagar dan penguasa Yamamah yang memeluk Islam memerintahkan kepada penduduk Yamamah untuk tidak menghantar gandum ke Mekah lagi. Akhirnya penduduk Mekah kesulitan pangan kerana bekalan gandum dari Yamamah dihentikan. Suku Quraisy mengutus utusan dengan surat untuk menyampaikan penderitaan yang mereka alami.

Suku Quraisy yang pernah memboikot Bani Hasyim selama hampir tiga tahun hingga suku Bani Hasyim mengalami penderitaan, memohon agar diberi gandum. Dengan tidak mempunyai rasa dendam terhadap suku Quraisy yang saat itu telah membuat Nabi ﷺ dan sukunya menderita memerintahkan Tsumamah agar menghantar kembali gandum ke Mekah.

Sebahagian orang pasti akan membalas perbuatan buruk yang dilakukan orang lain terhadapnya. Tapi tidak dengan Nabi ﷺ, luka yang didapati olehnya, tidaklah membuat Dirinya ﷺ marah dan membalasnya dengan kebencian. Melainkan dibalasnya dengan kelembutan. Bagaimana dengan idolamu?
Nabi ﷺ Memilik Sifat Pemaaf yang Luar Biasa
Nabi Muhammad SAW Memilik Sifat Pemaaf yang Luar Biasa

Loading...

islamografi.blogspot.com

Apabila Nabi Muhammad ﷺ melakukan tawaf. Fudhalah mengekori Nabi ﷺ dengan membawa pisau yang telah disembunyikannya di sebalik baju. Ia berniat untuk membunuh Nabi ﷺ, padahal ketika itu Fudhalah telah bersyahadat, tapi dendam yang ada pada dirinya belum hilang sebelum Nabi ﷺ tewas.

Tapi sayangnya niat jahat Fudhalah sudah diketahui oleh Nabi ﷺ. Dengan tenang Nabi ﷺ mendatanginya dan bertanya “Hai Fudhalah, apa yang terlintas dihatimu saat ini?. Fudhalah yang terkejut pada masa itu kerana Nabi ﷺ menanyakan hal tersebut pada dirinya menjawab “Aku tidak memikirkan apa pun, aku bertawaf. ”

Nabi ﷺ pun meneruskan tawafnya. Tapi, Fudhalah pun masih mengikuti Nabi ﷺ untuk mencari kesempatan agar boleh membunuhnya. Nabi ﷺ mengetahuinya dan berhenti kembali dan bertanya hal yang sama pada Fudhalah. Jawapan yang sama pun diterima Nabi ﷺ dari Fudhalah.

Sebanyak tiga kali Nabi ﷺ menanyakan hal yang sama dan Fudhalah pun menjawab dengan jawaban yang sama. Tapi, ketika Nabi ﷺ mendengar jawapan ketiga dari Fudhalah, Baginda ﷺ tersenyum sambil meletakkan tangannya ke dada Fudhalah lalu mendoakannya. “Apabila ia meletakkan tangannya di dadaku, dialah manusia yang paling kubenci di dunia ini. Namun, saat ia menarik tangannya kembali dialah manusia yang paling kucintai di dunia ini. ”

Lihatlah Nabi ﷺ membalas niat jahat Fudhalah dengan cinta, kasih sayang dan juga rahmat. Bagaimana dengan idolamu?
Sikap Tawadhu Nabi ﷺ Tak Tertandingi
Sikap Tawadhu Nabi Muhammad SAW Tak Tertandingi

http://benbachir1991.deviantart.com

Ketika kaum muslimin membuat parit yang digunakan sebagai penghadang pasukan kafir yang akan menyerang kota Madinah. Nabi ﷺ tidak hanya memberikan perintah, tapi ikut terjun langsung dalam pembuatan parit tersebut. Hal ini pun berlaku apabila pembangunan Masjid Nabawi. Sehingga semangat umat islam tak pernah kendur dalam bekerja kerana didampingi langsung oleh Nabi Muhammad ﷺ.

Sewaktu dalam suatu perjalanan, Nabi ﷺ memberi perintah kepada para sahabat untuk memasak kambing.Mereka pun berkongsi tugas. Dan Nabi ﷺ pun tidak ketinggalan untuk mengambil tugas sebagai pencari kayu bakar. Para sahabat melarang itu, kerana mereka mahukan Nabi ﷺ duduk saja untuk berehat. Tapi Beliau ﷺ menjawab “Aku tahu, bahwa kalian sanggup untuk mengambil alih tugasku, namun aku tak mau dibezakan dari kalian.

Sungguh sifat dan sikap tawaduk Nabi ﷺ yang tak tertandingi. Bagaimana dengan idolamu?
Nabi ﷺ Mempunyai Sifat Pemalu, Tapi Tidak Malu Saat Membela Kebenaran
Nabi ﷺ Mempunyai Sifat Pemalu, Tapi Tidak Malu Saat Membela Kebenaran

Loading...

pinterest.com

Pada suatu ketika datang seorang wanita untuk bertanya mengenai mandi kerana haid. Beliau ﷺ menjawab agar mengambil kain yang diberi minyak wangi serta menggunakannya untuk bersuci. Tapi si wanita ini masih bertanya “Bagaimana cara bersuci dengan kain itu? “. Nabi ﷺ yang mendengar soalan itu terus memalingkan wajah kerana malu mendengarnya sambil berkata “Subhaanallah! Bersucilah. ”

Aisyah ra yang mendengar hal itu terus menarik tangan wanita itu dan menjelaskan secara terperinci permasalahan yang ditanyakan oleh wanita itu kepada Nabi ﷺ tanpa kehadirannya.

Nabi Muhammad ﷺ memang mempunyai sifat yang pemalu. Tapi, Nabi ﷺ tidak malu untuk membela kebenaran dan menegakkan keadilan. Beliau ﷺ hanya malu dalam masalah yang berkaitan dengan sesama.Bagaimana dengan idolamu?
Nabi ﷺ Sangat Menghormati Tetamu yang Datang
Nabi Muhammad SAW selalu menghormati tetamu yang datang kerana ia merupakan ajaran islam

google.co.id

Pada suatu masa Jabir bin Abdillah Al-Bajali datang menghadiri majlis Nabi ﷺ, kerana di dalam sudah penuh sesak, akhirnya ia duduk berhampiran pintu tanpa alas duduk. Nabi ﷺ yang melihat itu memberikan baju luarannya untuk dijadikan sebagai alas duduknya sambil berkata “Sila duduk di atasnya.”

Jabir pun menerima baju itu sambil menangis dan menciumi baju tersebut, lalu mengembalikannya kepada Nabi ﷺ dan berkata “Semoga Allah memuliakan anda, sebagaimana anda telah memuliakan saya. ”
Sungguh akhlak yang indah ditunjukan Nabi ﷺ dalam memuliakan tetamu. Bagaimana dengan idolamu?
Nabi ﷺ Sangat Mencintai Anak-anak
Akhlak Rasulullah SAW sangat mencintai anak-anak

phhburn.files.wordpress.com

Ketika itu Nabi ﷺ membariskan putra-putra pamannya yaitu Abbas. “Siapa yang terlebih dahulu sampai kepadaku akan kuberi hadiah,” Ucap Nabi ﷺ kepada mereka. Kemudian mereka berlari menghampiri Nabi ﷺ, bahkan melanggar dan duduk di dada Nabi ﷺ. Lalu, Beliau ﷺ mencium dan memeluk mereka semua.

Di lain kesempatan, Nabi ﷺ sering diminta para orang tua untuk memberikan nama anak mereka dan juga mendoakan anak-anaknya. Sebelum Beliau ﷺ memberi nama atau mendoakan, Nabi ﷺ menyempatkan untuk menggendong mereka. Tapi kadang-kadang bayi atau kanak-kanak yang digendong Nabi ﷺ kencing dipangkuannya. Para orang tua yang menyaksikan anaknya melakukan itu terus memarahi malah memukul anaknya itu. Namun, Nabi ﷺ melarang mereka untuk melakukannya, “Jangan diputuskan anak yang sedang kencing, biarkan dia sampai selesai”.

Setelah selesai memberi nama dan mendoakan anak mereka, Nabi ﷺ memberikan penjelasan, jangan ada perasaan bahawa dirinya tidak senang dengan kelakuan anak mereka. Kemudian Nabi ﷺ mencuci sendiri pakaiannya yang terkena kencing, setelah mereka semua pergi.

Ketika Nabi ﷺ melewati rumah putrinya yaitu Fatimah ra, Beliau ﷺ mendengar tangisan Al-Husin iaitu cucunya langsung menghentikan langkahnya dan berkata kepada putrinya, “Tahukah kamu, bahawa tangisan kanak-kanak itu mengganggu saya? “. Dengan maksud Nabi ﷺ agar Fatimah ra melakukan sesuatu untuk anaknya agar tidak menangis.

Nabi Muhammad ﷺ sangat menyayangi anak-anak. Bagaimana dengan idolamu?
Nabi ﷺ Lebih Mementingkan Orang Lain Berbanding Kepentingan Sendiri
Nabi Muhammad SAW selalu mementingkan umatnya berbanding dengan kepentingannya diri sendiri

haziqyahaya.blogspot.com

Jika Nabi ﷺ sedang berehat di rumah, Beliau ﷺ membahagi waktunya menjadi 3 bahagian iaitu untuk Allah dengan beribadah, untuk keluarga dan bakinya untuk dirinya sendiri atau berehat.

Masa dirinya pun digunakan untuk kepentingan umat seperti melawat yang sakit, menerima tetamu dan lain-lain. Beliau ﷺ memilih waktunya untuk digunakan untuk umat kerana jika mengambil masa yang lain, makan akan mengurangkan hak Allah dan keluarga.

Tenaga, harta bahkan waktunya pun digunakan untuk kemaslahatan umat. Umat, umat dan umat yang difikirkan oleh Dirinya ﷺ. Bagaimana dengan idolamu?
Kasih Sayang dan Rahmat Nabi ﷺ Tidak Sebatas untuk Manusia Saja, Bahkan Kepada Haiwan
kasih sayang nabi tidak terhad kepada manusia sahaja.  Namun kepada haiwan pun.  Itulah Akhlak Nabi Muhammad SAW

kartunlucu.com

Apabila Nabi ﷺ melihat seekor himar (keldai) yang akan diberi tanda pada bahagian mukanya dengan menggunakan besi yang sudah dipanaskan. Beliau ﷺ melarangnya dengan tegas. Kalaupun terpaksa diberi tanda, Nabi ﷺ menyarankan agar memberi tanda di bahagian paha sahaja.

Pada lain kesempatan, Nabi ﷺ sedang makan kurma dengan menggunakan tangan kanan. Dan Beliau ﷺ melihat seekor kambing yang lapar. Kemudian, Nabi ﷺ mengambil biji kurma dan memberi makan kambing tersebut dengan menggunakan tangan kirinya.

Lihat kawan, bahkan haiwan pun tak lepas dari kasih sayangnya. Bagaimana dengan idolamu?
Nabi ﷺ Sering Bermusyawarah dengan Para Sahabatnya Sebelum Mengambil Keputusan
Rasulullah SAW mengajarkan untuk bermusyawarah dalam setiap mengambil keputusan

nyzaltour.com

Menjelang perang Badar terjadi, Beliau ﷺ memutuskan akan berhenti di dekat sebuah mata air. Ada seorang sahabat yang bertanya iaitu Hubab bin Mundzir menanyakan perihal keputusan yang diambil oleh Nabi ﷺ, sama ada berdasarkan wahyu atau hanya pilihan strategi perang sahaja. Nabi ﷺ pun menjawab ini hanya strategi perang sahaja.

Setelah itu Hubab bin Mundzir menyampaikan cadangan strategi perang lain. Nabi ﷺ pun mendengar usulannya dan seterusnya dibincangkan dengan sahabat yang lain. Dan pada akhirnya Beliau ﷺ memakai usul Hubab bin Mundzir.

Pada masa perang uhud pun, Nabi ﷺ melakukan musyawarah terlebih dahulu dengan para sahabat. Dan hasil musyawarah itu adalah meluluskan pasukan untuk keluar dan melawan musuh. Keputusan itu diperoleh kerana sebahagian besar pendapat mahukan itu, walaupun pendapat Nabi ﷺ berbeza.
Nabi Muhammad ﷺ sering bermusyawarah terlebih dahulu untuk mengambil keputusan. Hal ini menunjukan bagaimana Nabi ﷺ tidak mementingkan diri sendiri, tidak autoritarian, bijaksana, tawadhuk dan menghargai pendapat orang lain. Bagaimana dengan idolamu?
Apabila Nabi ﷺ Marah Tidak Mengurangkan Sifat Rahmat dan Juga Keluruhan Akhlaknya
Marahnya Nabi Muhammad SAW tidak akan menghilangkan sifat rahmatnya

harunelrasyid.wordpress.com

Pada suatu hari, Nabi ﷺ sedang duduk bersama para sahabat. Datanglah sekelompok suku Mudhor. Beliau ﷺ melihat keadaan suku tersebut sungguh membimbangkan, pakaian compang-camping dan tidak mempunyai alas kaki.

Nabi ﷺ sungguh marah kerana menyaksikan suku tersebut sehingga keadaan itu, namun saudara yang lain tidak membantunya. Beliau ﷺ memerintahkan Bilal untuk adzan. Setelah melakukan solat, Nabi ﷺ mengajar yang intinya menyuruh para sahabat untuk sedekah, bahkan Nabi ﷺ bersabda “Sekalipun dengan sebutir kurma”.

Setelah mendengar khutbah dari Nabi ﷺ, para sahabat kembali ke rumah masing-masing untuk mengambil wang, makanan, kurma, pakaian sampai terkumpul di hadapan Nabi ﷺ. Beliau ﷺ yang tadinya marah, akhirnya tersenyum gembira kerana melihat kepedulian dan bantuan para sahabat.

Nabi ﷺ bukanlah manusia yang tidak pernah marah. Adapun marah ﷺ berbeza jauh dengan manusia biasa kerana marah Nabi ﷺ sama sekali tidak mengurangkan sifat sabar, rahmat dan keluruhan akhlaknya.Bagaimana dengan idolamu?
Gurauan yang Disampaikan Nabi ﷺ Hanyalah Kebenaran
Gurauan Nabi Muhammad SAW tidak menggunakan kebohongan namun kebenaran

google.co.id

Ketika Nabi ﷺ pergi ke pasar, Beliau ﷺ melihat seorang sahabat yaitu Zuhair sedang berdiri. Nabi ﷺ mendekat dan memeluk Zuhair dari arah belakang. Ternyata bau wangi dan kelembutan tangan dari Nabi ﷺ dikenali oleh Zuhair. Sambil terus memeluk Zuhair, Nabi ﷺ berkata “Siapa yang mau membeli budak? “Zuhair menjawab sambil tertawa, bahawa dirinya tidak akan laku untuk dijual. Nabi ﷺ pun menjawab kenyataan dari Zuhair, “Tetapi kamu laku di sisi Allah. ”

Gurauan yang disampaikan Nabi ﷺ tidaklah memburukkan seseorang dan tidak bercanda yang tidak patut dengan kedudukannya. Gurauan yang disampaikan Beliau ﷺ hanyalah kebenaran. Bagaimana dengan idolamu?
Sudahkah kamu membaca kisah-kisah Nabi Muhammad ﷺ diatas? betapa banyak akhlak mulia yang dicontohkan Nabi ﷺ agar boleh diteladani oleh para umatnya. Dan bagaimana cara kamu boleh meneladaninya? salah satunya adalah menyingkirkan semua idolamu yang menjadikan dirimu manusia yang lebih buruk dari sebelumnya dan menjadikan Nabi Muhammad ﷺ sebagai idola utama sekaligus panutan untukmu.

Dengan menjadikan Dirinya ﷺ sebagai idola, maka kamu akan mencari tahu siapakah sebenarnya Dia ﷺ. Dan kamu akan mencari keindahan dalam sosoknya. Sosok yang akan menyinari dirimu dalam kegelapan.
Semoga kita dapat meniru akhlak Rasulullah SAW sekaligus menjadikannya panutan boleh menjadi wasilah agar kita semua dapat berkumpul dengannya kelak di syurga FirdausNya.

Rujukan:
Muhsin Al Jufri, DRS, Sejarah Yang Terpendam, Tangerang: Putera Bumi, Cet. Kedua, 2014.

Loading...