CENDOL SELUAR DALAM RUPANYA…PATUT LAH RAMAI KATA SEDAP…!!

Serbuan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Selangor bukan sahaja menahan warga asing, tetapi turut membawa kepada penemuan sebuah lokasi memproses rojak dan cendol dalam keadaan menjijikkan yang tersorok di sebuah kawasan pembinaan di pinggir bandar Puchong, awal pagi semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 3 pagi itu, didapati kawasan pemprosesan makanan itu seolah-olah seperti tempat pembuangan sampah kerana dipenuhi sampah serta air bertakung selain berbau busuk. Difahamkan, kawasan pemprosesan itu sudah beroperasi lebih setahun lalu turut menggaji warga asing sebagai penjual cendol dan rojak dengan menaiki motosikal serta lori di sekitar daerah ini dan beberapa daerah berdekatan.

Cendol seluar dalam – Lebih menjijikkan, perkakasan yang digunakan untuk menyediakan rojak dan cendol turut dijadikan tempat merendam seluar dalam milik pekerja dan diletakkan hampir antara satu sama lain. Selain itu, keadaan dapur yang dijadikan tempat membuat kuah rojak pula dipenuhi sampah dan tidak diurus dengan baik sehingga boleh menyebabkan tahap kebersihannya diragui.

Huuuu… patut la ramai kata sedap. Kalau sehari tak pekena cendol memang boleh kurang waras jadinya. Apapun, bukan semua peniaga cendol macam ni. Kena berhati-hatilah semasa memilih penjual atau gerai makan tu. Setakat sedap jer, tapi kebersihan tak jaga memang patut dikenakan tindakan.Paling baik teliti dulu kedai tu sebelum makan…kot-kot dapat detect awal apa-apa yang tak kena…kita jugak selamat dari makan benda yang bukan-bukan.

Loading...