Masa Mengubahsuai Bangunan yang Baru Dibelinya, Dia Menjumpai Satu Lubang Besar yang Laluan Membawa Kepada…

Berdasarkan berita di Inggeris, seorang dari Itali bernama Luciano Faggiano awalnya mahu membuka sebuah restoran dari bangunan yang baru dibelinya di bandar Lecce, namun masa mereka merombak bilik mandinya, mereka ternyata menemui sebuah lubang besar!

Faggiano membeli bangunan ini pada tahun 2001 dan bersiap-siap membuka restoran miliknya. Sebelumnya dia melakukan sedikit pengubahsuaian, terutama di bilik mandi yang selalu mengeluarkan bau menyengat. Kerana itu dia perlu menggali sampai ke bawah tanah dan mencari sumber dari paip tersebut. Biasanya pekerjaan seperti ini memakan masa selama 1 minggu.

Loading...

Kemudian masa dia menggali tanahnya, tiba-tiba dia menemui sebuah tempattersembunyi di bawah sana. Dia terus menggali sehingga akhirnya menemukan sebuah bilik bawah tanah Rom kuno sebagai tempat untuk menyimpan biji-bijian serta tempat para biarawan dan biarawati untuk menunggu waktu tanah perkuburan.

Setelah jirannya melihat keanehan dari projek bangunan ini, mereka langsung memberi tahu pada kerajaan tempatan. Faggiano tidak mendapat izin untuk menggali tempat bersejarah seperti ini sehingga kerajaan memerintahkan mereka untuk menghentikan penggalian ini.

Namun setelah ditelusuri lebih lanjut, mereka ternyata juga mendapati bangunan di bawah tanah dari batu yang dianggarkan merupakan bangunan abad pertengahan. Kira-kira berjarak 2500 tahun dari sekarang.

Satu tahun kemudian, Faggiano dibenarkan untuk meneruskan projek ini dan dibenarkan untuk membina restoran di atasnya. Namun Faggiano jadi jauh lebih tertarik untuk menggali ruang di bawah sana. Seorang pegawai Itali bernama Giovanni Giangreco mengatakan kalau di bawah restoran Faggiano ada banyak lapisan dalaman, ini melambangkan sejarah negara ini.


Faggiano mendedahkan, setiap harinya dia mendapati perkara baru melalui penggalian ini. Kini restoran Faggiano walaupun belum mula dibuka, namun semua penemuan ini sudah cukup untuk membuat Faggiano membuka muzium di tempat ini.

Loading...

sumber: coco

==

==

==

==

Loading...

==

==

 

Loading...