Pelajar Sekolah Ditegur Bercium Di Tempat Awam.

Subang Jaya – Sepasang remaja tanpa segan silu telah melakukan aksi menjijikkan di kawasan tempat awam tanpa memperdulikan mata yang sedang memerhatikan mereka.

Tindakan pasangan tersebut dilihat semakin berani kerana melakukan aksi sumbang di tempat awam apatah lagi ianya dilakukan pada waktu siang dalam keadaan lengkap berpakaian uniform sekolah.

Menurut Malaysia Digest, kejadian tersebut telah dikongsikan oleh Ryzal Syah Putra di laman media sosial mengenai pengalamannya beserta gambar pasangan remaja tersebut dipercayai kekasih yang sedang melakukan adegan mesra tersebut di tempat awam.

Loading...

Ryzal dalam kenyataannya memberitahu bahawa ketika kejadian dia bersama dengan anak buahnya sedang menjamu selera di sebuah restoran yang terletak di SS15 Subang Jaya.

Ketika mereka sedang enak menjamu selera tiba-tiba pandangan mereka kepada kelibat sepasang kekasih yang merupakan pelajar lengkap dengan baju sekolah berbangsa melayu sedang melakukan aksi mesra bercumbuan dihadapan restoran tersebut.

Ryzal memberitahu bahawa dia yang tidak selesa dengan pemandangan tersebut apatah lagi ketika situasi berkenaan terdapat anak buahnya bersama lalu dia kemudiannya bertindak mengetuk cermin tingkap restoran dan memberi isyarat kepada mereka agar berhenti melakukan aksi tersebut.

Namun kedua-dua remaja berkenaan tidak mengendahkan isyarat yang diberikan oleh Ryzal menyebabkan bertindak keluar dari restoran berkenaan dan menegur perbuatan mereka berdua.

Selepas di tegur, kedua-dua pelajar berkenan beredar dalam beberapa langkah sahaja dari kedai berkenaan tetapi kemudiannya menyambung semula aksi tidak senonoh itu.

Loading...

Jika berterusan maka tak hairan kes2 seperti di bawah berlaku setiap hari
Buang bayi: Pelajar ditahan
Laporan Sinar Harian, semalam.

KOTA BHARU – Seorang pelajar berusia 17 tahun ditahan berhubung kes buang bayi di Kampung Gual Nering, Rantau Panjang, di sini, petang kelmarin.

Pelajar terbabit ditahan kira-kira jam 2.30 petang selepas laporan polis dibuat oleh seorang lelaki berusia 43 tahun yang menjumpainya berhampiran rumah.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim mengesahkan menerima laporan tangkapan terbabit.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan polis Kelantan masih menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan yang berlaku pada 24 Disember lalu ketika musim banjir.

Bayi lelaki seberat 3.2 kilogram itu ditemui dalam bungkusan dan berada dalam keadaan sihat.
Polis siasat kes jumpa bayi depan rumah
Mazlan turut meluangkan masa berbual dengan penerima sumbangan di IPK, semalam.

KOTA BHARU – Polis Kelantan masih menyiasat berhubung kes seorang bayi lelaki ditemui dalam bungkusan di hadapan sebuah rumah berhampiran di Kampung Gual Nering, Rantau Panjang pada 24 Disember lalu.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim, berkata bayi berkenaan di jumpai pada jam 6.30 petang oleh seorang lelaki berusia 43 tahun.

“Dia baru membuat laporan polis semalam dan setakat ini kita masih belum kenal pasti ibu bapa bayi terbabit.

Loading...

“Lelaki tersebut menemui bungkusan yang mengandungi bayi yang baru beberapa hari dilahirkan itu dan terus menyerahkannya kepada anggota bomba untuk dibawa ke Hospital Lati di Pasir Mas.

“Bayi itu dalam keadaan baik dan kini ia di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian, selepas Majlis Penyerahan Cek Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP1) dan Bantuan Nafkah serta Persekolahan Dari Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara (TAPPN) Bagi Tahun 2014 di Ibu Pejabat Polis Kelantan (IPK), semalam.

Hadir sama, Timbalannya, Datuk Rosli Abdul Rahman.

Beliau berkata, pihaknya masih belum dapat mengenal pasti identiti bayi seberat 3.2 kilogram itu.

Katanya, kes berkenaan di siasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan (KK) yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Edited : facebook.com/kisahbenar.co

Loading...